Sunday 28 August 2011

Cabaran d Borneo

Perancangan yang rapi banyak membantu kami untuk bergerak lebih jauh. Destinasi seterusnya adalah Kota Kinabalu, Sabah. Ini adalah kali pertama saya untuk menjejakkan kaki di borneo ini. Keterujaan ke sini di tunggu tunggu selama 3 bulan. Tiket Fire Fly telah ditempah pada bulan Mac dan kami bertolak ke Kota Kinabalu pada 24 Jun 2011. Dengan harga serendah RM0.01 sen untuk sehala, tentunya sangat murah dan berbaloi. Namun kos tambahan cukai dan sebagainya menjadikan harga untuk sehala ke KK adalah RM 35.00.


Jumaat, 25 Jun 2011


Motif percutian kami lebih kepada cabaran dan gamble. Dengan hanya membawa beg sandang yg beisi peralatan mandi serta 2-3 helai pakaian, bagi saya ia cukup selesa dan mudah. Tak perlu checked bag ataupn tiada isu beg rosak ketika di kargo. Penerbangan kami jam 10.09 minit malam, perjalanan selama 2 jam 30 minit itu sudah cukup lama bagi saya bila berada di dlm pesawat. Jam 12.30 malam, kami selamat sampai di Kota Kinabalu International Airport. Disini xubah seperti KLIA juga, mungkin dari arkitek yang sama.

Berjalan di sekitar Airport

Kengganan kami untuk mengambil teksi melalui kaunter di Airport, membuat kami terpaksa berjalan lebih kurang 500 meter ke Jalan Utama. Harapan kami, teksi murah lebih banyak di luar kawasan Airport. Jam yang menunjukkan 1 pagi, semestinya laluan jalan utama agak sunyi dan bahaya. Sepnjang perjalanan kami di situ, tidak ada satu pn teksi yang melalui jalan tersebut. Akhirnya kami menjumpai Stesen Petronas. Pekerja disitu tidak dapat membantu kami untuk mendapatkan teksi.

Polis sebagai pilihan terakhir.

Sedang sibuk untuk fikir dapatkan no telefon teksi, aku terfikir untuk menelefon polis. Mana lah tahu kan, polis boleh bantu...akhirnya polis bantuan bersetuju untuk menghantar kami ke bandar, semestinya ia percuma..itu la motif kami sebenarnya..percutian budget tersangat sangat..!TAPI.. sebelum polis sampai, kami  di datangi teksi lalu menahan tanpa rasa curiga..teksi itu berhenti dan masih beroperasi..!SO maaf yer abg polis..msti xjumpa kami kann..

Tune Hotel.
Hotel yang agak murah dan selesa. aku sgt merekomen kan korang tuk stay kat sini. Sangat ekonomi tapi selesa. Walaupn bilik nya kecil tapi xla rasa sempit.OK2 jer..apa yang kita nak guna baru la bayar.Sgt kreatif. Bayaran untuk semalam hanya RM 40 sahaja.

Pulau Manukan


Pulau ini sangat cantik kot, air yang jernih n tiada pencemaran. Tiket bot pergi dan balik RM 17 seorang. Pengalaman menaikit bot biasa2 jer. Kami lebih teruja pada kecantikan pulau ini serta kebiruan air laut nyer sgt memukau, Nak jumpa air laut secantik ini  mmg susah. Semestinya, bertimbun timbun pelancong lepak lat sini..dan disini terdapat juga resort yg cantik.